Rabu, 04 Januari 2012

Konsep Sedekah dalam Islam



Apakah konsep sedekah dalam Islam?

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. 

Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. 

Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasanapabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. 

Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid, surau, rumah anak yatim atau sebagainya. 

Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis tersebut. 

Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya, 

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

(al-Baqarah: 271)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar